Followers

Wednesday, 29 June 2011

:: elok tak elok epal hijau ::




"Sedap, rangup, masam-masam manis"


ungkapan buat epal hijau yang terchinta. Sye mmg seorang penggemar epal hijau. So, nak kongsi sket info pasal epal hijau.

Menurut sumber, epal hijau banyak ditanam kat Malaysia ni, dekat Sarawak, Ladang Kampung Buduk Nur. ladang seluas 10 hektar. Tapi, banyak jer ditanam kat kawasan lain. Then, kebanyakkan import foreign apples. So, kepada penggemar epal hijau, here some info for you guyz.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potassium, calcium, sodium, Vitamin C, A, B da fiber (serat)


Antara kebaikan lain makan epal hijau:


  1. Mencegah pembinaan lemak di dinding salur darah.
  2. Kurangkan risiko sakit jantung.
  3. Membantu mengekalkan berat badan.
  4. Mengurangkan risiko Asthma.
  5. Elok makan epal nie dengan kulit skali sebab kat bawah lapisan kulit epal nie ade banyak vitamin macam dah cakap kat atas.
  6. Lagi best buat jus or boh dalam masakan len seperti kek or ice-cream.
  7. Elok tok orang yang kene sembelit. sebab epal hijau tinggi kandungan serat pencegah sembelit.
  8. Then, saper nak kesegaran kulit muke,hiris kepingan epal hijau, randam dalam air sejuk (ais), pastu letak kat atas kulit muke. dalam 15 min. segar. Susah2, beli jer masker extract epal hijau .

Hurm, ader yang jugak kater klu makan epal hijau selalu bleh sebabkan pelupe. sebab kandungan acid yang tinggi seperti kandungan acid yang ada pada semut. 

Hakikat nya, kejadian sesuatu kat bumi nie x sempurna. ader pro and contra. then, kite manusia yang ader kepale hotak nie bleh fikir maner yang baik n maner yang buruk. Segala kesahihan dan kebenaran terletak pada yang maha pencipta. well then, Enjoy your green Apples.. 



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-



Tuesday, 28 June 2011

Info Sihat : Kesihatan Lelaki

Hi semua ! Apa khabar ? hrp baik2 shj la he. baik la kali ni saya diberi peluang utk mencoret sedikit di dlm blog ni. terima kasih kpd admin tercinta. entry kali mungkin agak panjang, jadi keep on reading.hahahaha

Baiklah utk entry kali ni, saya akan bercerita tentang kesihatan lelaki. seperti mn yg kite tahu lelaki juga mementingkn penampilan agar nampak kacak dan macho serta maskulin di mata wanita. kesihatan yg sy maksudkan ialah kesihatan dari segi kebersihan luaran yg meliputi bau badan , bau mulut , rupa paras dan juga rambut.

Bau badan ni mmg tidak dpt dinafikan, ia merupakan masalah utama kaum lelaki. kate org bau jantan yg terhasil dr tubuh badan lelaki ni amatlah busuk. kalo kite flashback , dalam iklan rexona , lelaki hasilkan 50% lebihan peluh drpd perempuan. jadi penggunaan brngan wangian yg sesuai dgn diri masing2 amatlah diperlukan bg menjaga bau badan agar kite kelihatan segar sepanjang hari. utk barangan wangian itu terdapat pelbagai bauan , oleh itu pilih mengikut kesesuaian. hahaha. maklum la sekarang dunia lelaki ni meluas. so just choose n buy then use it, right ?


aktifnya kaum adam ni : penyumbang kepada bau badan


Bau mulut ni mmg menyakitkn hati la buat sy. even though sy juga lelaki tp ade jgk lelaki2 kat luar sane yg memiliki bau yg "wangi" ni. actually punca terjadi nya kes ini ialah hasil drpd kurangnya penjagaan yg rapi terhadap mulut. ini bermaksud , seseorang itu kerap merokok. hal ini kerana asap rokok meninggalkan kesan bau yg berpanjangan kepada seseorang selain menghakis organ dalaman secara perlahan. oleh itu, utk penyelesaian , mereka bole cube produk yg terdapat di pasaran.


kan bahagia kalau mulut kite wangi ....

rupa paras juga memainkan peranan yg penting kerana rupa memberikan 1st impression kepada kaum hawa tentang diri seseorang. sekiranye kite mengambil ringan akan perkara ini , maka dgn yakin , kaum hawa tidak akan mendekati kite. mengapa ? ini kerana mereka amat mementingkan penampilan luaran dan dalaman. susah kan jadi perempuan . itu la ni la. jadi utk kelihatan menarik , buat la apa2 yg patut, mgkin shave la misau ke or maybe trim je bg nmpk kemas, mgkin juga janggut dihaluskan dan lain2 lagi mengikut kesesuaian n keselesaan anda.

lelaki idaman wanita : full package
baiklah sampai la sudah part yg terakhir, rambut. rambut ni merupakan aksesori yg ade pada kaum adam selain drpd muka yg kacak dan macho serta ketinggian yg diidamkan. rambut juga menjadi daya penarik kepada kaum hawa dlm kehidupan kita. rambut juga perlu dijaga kerana daripada rambut pelbagai penyakit dpt dikesan selain kulit dan darah. rambut perlu dicuci mengikut kesesuaian waktu agar rambut anda sihat dan bersih. selain itu, rambut yg sihat menjadikan kita semua segar utk menjalani kehidupan seharian. utk kelihatan menarik , modenkan fashion rambut anda. sekarang ni pelbagai jenis fashion ada cuma mahu dgn x mahu je.

rambut sebagai daya penarik kedua
baiklah itu, shj utk kali ni. hope dpt bg sedikit info kpd kite agar menjaga kesihatan. b4 berpisah enjoy lagu ni dulu ni ;



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-


Sunday, 26 June 2011

[ B E R U K ]

Salam readers skalian...
arini penulis nk share 1 cerpen...
cerpen bertajuk "Beruk" karya Azizi Hj Abdullah 
nih pernah dibaca
oleh cikgu Bahasa Melayu penulis
semasa di darjah 5 lagi...hehe...
masih teringat lg, cikgu penulis membaca cerpen ini
dengan penuh perasaan
sehingga manik-manik jernih yang dinamakan air mata
berjuraian mengalir di pipi beliau... best sangat ke cerpen nih??huhu...
bergantunglah kepada penilaian pembaca sekalian....



Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. "Alias! Mari sini!" Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.
Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

"Mari dekat sini, Lias!" perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid  yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

"Kenapa kau datang lambat?" Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

"Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?" Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.
Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan "beruk" kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan "beruk" sebab dia membela seekor beruk.

"Pandang sini!" sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. "Saya tanya kepada kau datang lambat?"
Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, "Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!".
"Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?". Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.
"Saya cari, cikgu!".
"Dah jumpa?".
Alias angguk. Tersenyum.
"Sebab itu kau datang lambat?"
Angguk juga.
"Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk". Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.
"Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Alias dengan jujur.
Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.
"Kau nak main-mainkan saya, ya?" Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.
"Tidak cikgu, saya…"
"Sudahlah!" Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.
 
Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.

Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan  lorong itu banyak pokok "keman malu" dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.
Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.


"Alias ke mana mak cik?" tanya Cikgu Sunan.
"Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung".
"Dia panjat pokok kelapa?"
"Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh," terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

"Dah lama mak cik lumpuh?" tanyanya.
"Dah hampir setahun," terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.
"Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?".
"Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit".

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.
"Haa, itu pun dia dah balik," kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. "Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal," kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

"Dia lama cikgu sampai ?" tanya Alias.
 
"Baru sekejap," jawab Cikgu Sunan. 
  
Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

"Dekat sini Alias," kata Cikgu Sunan dengan lembut.
Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

"Senget sedikit kepala kau". Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk  menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.
Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.
"Terima kasih Alias." Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.
"Cikgu sakitkah?" tanya Alias antara sedu-sedannya.
"Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias." kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.
"Cikgu…"
"saya minta maaf'," kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
"Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?"
Alias duduk. Kaku. Sedih.
"Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam" Cikgu Sunan memberi nasihat.
"Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu." Tiba-tiba Alias menjawab sayu.
"Kenapa?"
"Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu."
Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini. 
Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

Saturday, 25 June 2011

:: TAHNIAH ::

SEKALUNG TAHNIAH

KedondongLikat 

ucapkan kepada
Juara Maharajalawak pertama

SEPAH

dan jugak kepada peserta yang laen..

2nd, JOZAN

3rd, NABIL

and 4th, JAMBU

korang da best.. lawak si.. hahaha


"Selamat Maju Jaya"


-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-


Tips Menangi Hati Lelaki

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua…



Masalah dalam perhubungan sering berlaku antara kita, tak kesah lah antara lelaki dengan perempuan mahupun lelaki dengan lelaki, ataupun perempuan dengan perempuan. Tetapi adalah menjadi kebiasaan hubungan lelaki dan perempuan menjadi topik utama dalam perbincangan.

























Adakah anda mempunyai masalah dalam menjalinkan hubungan dengan kaum Adam?? Adakah kaum Adam ini sukar difahami?? Topik hari ni khas kepada kaum Hawa dalam memenangi hati kaum Adam ini.



Yang pertama-tamanya, banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga. So, xpyh la nak control ayu sgt melaenkan nama anda adalah Ayu.


Seharusnya bijak bergaya. Tapi tak perlu la sampai nak memperagakan tubuh badan, cukup berpakaian mengikut kesesuaian tempat dan suasana dan pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik. Konsepnya xperlu la mekap sampai macam tepong gomak.!!



Next, perlu la lemah-lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat. Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik merupakan sifat semulajadi wanita dan seharusnya menjadi tarikan kepada kaum Adam ini. Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

So, jangan sesekali meninggi suara atau menengking walaupun tidak berniat untuk berbuat begitu. Kalau anda buat cmtu, lebih baik dia couple dengan lelaki kalau anda begitu kasar dengan dia, sbb anda dengan lelaki dah xde beza. Jadi elakkan diri anda bersifat seperti ini ya.



Ermm… diharapkan entry kali ni memberi manfaat kepada kita  semua. Teruskan menyokong KL, dan kami berusaha memberikan yang terbaek kepada Readers2 sekalian.



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

 

Friday, 24 June 2011

:: Harga Barangan ::

AAArrrgggghhhhhhhh

Kerunsingan berlaku.. bile memikirkan banyak harga barangan dah dinaikkan. kalau seposen due xper lah. tapi nie dah melebihi seringgit. macam mana nak buat nie. 

Walaupon harga barang mentah macam bawang, cili, gula, petrol dan sebagainya masih lagi dalam kawalan, tapi harga makanan kat kedai makan tetap melambung tinggi. Terutama cafe-cafe di tempat kerja, kanti sekolah mahupon gerai makan di dalam kawasan universiti.

Tambahan lagi dah nak bulan ramadhan nie (puasa). Golongan peniaga sememangnya tak bersetuju dengan entry nie. Tapi jangan lah melampau sangat pakcik makcik sekalian. Nasik bungkus lauk ayam, sayur dan sambal belacan pon mencecah RM 5.50. 

Bagi golongan seperti student atau set-set bergaji rendah, memang sangat terasa. Bukan nak cerita pasal makanan sahaja, malah barangan laen pon samer jugak. walaupon barangan berdaftar sebagai barangan tempatan. 

Aper lagi eh, oh, siaran television berbayar pon akan menaikkan tariff melebihi seratus ringgit bagi siaran basic tanpa langganan siaran lain.

Harga kenderaan pon dah melonjak tinggi. walaupon nampak murah, tetapi interest nyer tinggi. dulu dijanjikan sebagai kenderaan mampu milik. selepas keluar beberapa model baru bagi jenis kenderaan yang sama, dah jadi "tak mampu milik".

Hurm, actually.. kami pon tak berdaya berbuat ape-ape. Hanya nak melahirkan kekesalan dan kerunsinan. Tak berniat untuk menyentuh mana-mana pihak.

-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

Thursday, 23 June 2011

:: Cadangan Lagu ::

Sebagai nak memeriahkan lagi blog

KedondongLikat

kami nie nak memintak cadangan
dari korang2, readers semua..
lagu aper yer yang best nak letak kat 
page nie...

maklum lah, kami baru lagi dalam
bidang membloging nie.

and if sesaper yang ader cadangan,
boleh lah komen kat bawah nie..
bagi nama artis ngan tajuk lagu..

oh, lagi satu.. kami menjemput
readers semua tok jadi followers..
sokongan karang sumer amatlah
kami alu-alukan
tok memeriah dan meng-havoc kan lagi

KedondongLikat


-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-