Followers

Tuesday 1 May 2012

Paws : meow meoww....

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....

Yaaa rajin kan geng KL mengupdate lagik blognya... huahuahua... kali ni geng KL nak berkongsi sal haiwan peliharaan... well bila berckp sal haiwan peliharaan nih... sudah tentu ramai yang akan terlintas di kepala akan kucing...

Kucing dalam bahasa saintifiknya Felis, dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Hye semua ... meowww ~~~

"Comelnya la kucing oren tu...."

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."


Posing2 cantik.... huahuahua ~~~


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.



Geng KL jugak nak berkongsi 20 fakta menarik tentang kucing nih...
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata tapi diorg ada bulu kening.. hehe
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.. kita Malaysia..??
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza...
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini..hehe...
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha comel...
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lanjut... hoho...
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari... dasar pemalas mcm tuannya... ahakzz...

boo chakk !!!

Pika pika....~~

Okay... dah siap tulis blog sal aku... lepas nih nak crop gmbr lawa2 nak boh dlm facebook...



Artikle ini ditulis oleh : Rohaizam Rosli

Sunday 29 April 2012

Jom Melawat Perak 2012

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....


Wahh lama tak update kat sini... huhu isu kali ni nak promote skit la... kan lebih baek kita jalan2 melawat dan bercuti di dalam Malaysia kerana Malaysia jugak punya tempat yang menarik utk dilawati...

Seiring dgn promosi tahun melawat Perak... so geng KL nak sama2 mempromosi tempat2 menarik untuk dilawati di Perak... jom usha sama-sama !!!

1. Hutan Simpan Royal Belum, Gerik

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar. 

Antara aktiviti menarik bagi pelawat yang ingin berkunjung ke sini adalah seperti merentas hutan, bermalam di Bumbun, dan melawat perkampungan Orang Asli selain daripada melawat flora fauna serta taman herba yang ada di sini. Bagi kaki pancing sudah pasti Hutan Belum dapat memberikan kepuasan serta cabaran dengan aktiviti memancing, menaiki bot dan tinggal di kawasan tasik.

Hutan Simpan Royal Belum di kelilingi tasik buatan manusia.


Salah satu perkampungan Orang Asli di sini.


Rafflesia, bunga terbesar di dunia.


2. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah

Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.

Lata Kinjang, salah satu air terjun tertinggi di Malaysia.


Dingin airnya serta udaranya yang segar pasti dapat merehatkan minda
setelah letih bekerja mahupun belajar


Pemandangan indah di Lata Kinjang pasti membuatkan kita semua ingin berkunjung ke sini.



3. Zoo Taiping

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal).

Zoo Taiping & Night Safari meriah dgn pengunjung.

Wahh kuda belang pon ada, pasti teruja !

Suasana pada waktu malam pasti berbeza, menarik nih !



4. Menara Jam Condong, Teluk Intan

Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Kalau tak dpt tgk menara condong kat Italy, leh la dtg sini !


Gambar dolu2 yaa, hebat masih bertahan sampai sekarang!


5. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Kubu Belanda, Tokong Fu Ling Kong, Kota Belanda, Batu bersurat, Pantai Puteri Dewi dan Teluk Nipah.

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing. Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Pulau Pangkor destinasi pelancongan wajib di Perak.

Pemandangan pulau di waktu malam.

Kota Belanda di Pulau Pangkor.


Itulah tadi 5 tempat menarik utk dilawati di Perak bersempena tahun melawat Perak 2012. Sama-sama kita semua melawat Perak bersama keluarga serta rakan2. Nikmati masa cuti bersama kerana tidak ada yang lebih berharga selain daripada hubungan keakraban serta senyum mesra waktu bersama. Jom Melawat Perak !!!


Artikel disediakan oleh Rohaizam Rosli