Followers

Friday 1 February 2013

Warkah buat Teman

Assalamualaikum wbt...

Buat teman yang ku sayangi seumur hidupku,

Sejak awal perkenalan kita dari mula menjejakkan kaki ke menara gading, diri ini tampak sepi menyendiri namun dengan kalian disisi menbuatkan hidupku ceria, berwarna dan bermakna. Tiap detik detik yang dilalui bersama bagaikan tiada penghujungnya. Alangkah indahnya waktu itu.


Gelak ketawa sentiasa bersama, pahit manis dikongsi bersama, tangis lara diatasi bersama. Byk, terlalu byk rintangan serta dugaan kita tempuh seiringan bergandingan bagai tiada apa yang bisa menghalang impian kita. Sungguh, sungguh aku rindu waktu waktu itu.


Sedangkan lidah lg tergigit apatah lagi sesama kita. Sedangpon kita menahan sakit dihati namun ingt kita tak pernah lupa mengukir senyuman bergelak ketawa buat semua. Sakit dihati siapa yg tahu? Bknnya sakit kerna perbuatanmu namun sakit dihati melihat keruhnya hubungan kita. Aku tak mahu kita bersengketa. Aku tak mahu kita bermasam muka. Kerna kau dan aku adalah satu. Tanpamu, siapa lah aku?


Kita bukanlah sempurna. seteguh cinta Sumayyah pd Maha Pencipta, Setulus kasih Fatimah R.A pd Rasulullah SAW, namun kita bisa sama sama menyempurnakan diri kita bersama sama. Mari lah kita sama sama mengukuhkan silaturrahim antara kita yang lama terjalin. Padamkan lah api kemarahan didada, semaikanlah pohon cinta kasih syg, mudahan dgn ini ikatan jalinan silaturrahim kita kekal hingga ke syurga. InsyaAllah~~

Dari insan tersyg,
Sahabatmu,
#Alongka





Tuesday 1 May 2012

Paws : meow meoww....

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....

Yaaa rajin kan geng KL mengupdate lagik blognya... huahuahua... kali ni geng KL nak berkongsi sal haiwan peliharaan... well bila berckp sal haiwan peliharaan nih... sudah tentu ramai yang akan terlintas di kepala akan kucing...

Kucing dalam bahasa saintifiknya Felis, dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Hye semua ... meowww ~~~

"Comelnya la kucing oren tu...."

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."


Posing2 cantik.... huahuahua ~~~


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.



Geng KL jugak nak berkongsi 20 fakta menarik tentang kucing nih...
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata tapi diorg ada bulu kening.. hehe
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.. kita Malaysia..??
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza...
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini..hehe...
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha comel...
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lanjut... hoho...
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari... dasar pemalas mcm tuannya... ahakzz...

boo chakk !!!

Pika pika....~~

Okay... dah siap tulis blog sal aku... lepas nih nak crop gmbr lawa2 nak boh dlm facebook...



Artikle ini ditulis oleh : Rohaizam Rosli

Sunday 29 April 2012

Jom Melawat Perak 2012

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....


Wahh lama tak update kat sini... huhu isu kali ni nak promote skit la... kan lebih baek kita jalan2 melawat dan bercuti di dalam Malaysia kerana Malaysia jugak punya tempat yang menarik utk dilawati...

Seiring dgn promosi tahun melawat Perak... so geng KL nak sama2 mempromosi tempat2 menarik untuk dilawati di Perak... jom usha sama-sama !!!

1. Hutan Simpan Royal Belum, Gerik

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar. 

Antara aktiviti menarik bagi pelawat yang ingin berkunjung ke sini adalah seperti merentas hutan, bermalam di Bumbun, dan melawat perkampungan Orang Asli selain daripada melawat flora fauna serta taman herba yang ada di sini. Bagi kaki pancing sudah pasti Hutan Belum dapat memberikan kepuasan serta cabaran dengan aktiviti memancing, menaiki bot dan tinggal di kawasan tasik.

Hutan Simpan Royal Belum di kelilingi tasik buatan manusia.


Salah satu perkampungan Orang Asli di sini.


Rafflesia, bunga terbesar di dunia.


2. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah

Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.

Lata Kinjang, salah satu air terjun tertinggi di Malaysia.


Dingin airnya serta udaranya yang segar pasti dapat merehatkan minda
setelah letih bekerja mahupun belajar


Pemandangan indah di Lata Kinjang pasti membuatkan kita semua ingin berkunjung ke sini.



3. Zoo Taiping

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal).

Zoo Taiping & Night Safari meriah dgn pengunjung.

Wahh kuda belang pon ada, pasti teruja !

Suasana pada waktu malam pasti berbeza, menarik nih !



4. Menara Jam Condong, Teluk Intan

Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Kalau tak dpt tgk menara condong kat Italy, leh la dtg sini !


Gambar dolu2 yaa, hebat masih bertahan sampai sekarang!


5. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Kubu Belanda, Tokong Fu Ling Kong, Kota Belanda, Batu bersurat, Pantai Puteri Dewi dan Teluk Nipah.

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing. Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Pulau Pangkor destinasi pelancongan wajib di Perak.

Pemandangan pulau di waktu malam.

Kota Belanda di Pulau Pangkor.


Itulah tadi 5 tempat menarik utk dilawati di Perak bersempena tahun melawat Perak 2012. Sama-sama kita semua melawat Perak bersama keluarga serta rakan2. Nikmati masa cuti bersama kerana tidak ada yang lebih berharga selain daripada hubungan keakraban serta senyum mesra waktu bersama. Jom Melawat Perak !!!


Artikel disediakan oleh Rohaizam Rosli

Friday 15 July 2011

TAHNIAH

Assalamualaikum...

Hari nie Result UPU  dah keluar..
Jadi, bagi pihak KedondongLikat,
kami mengucapkan sekalung

TAHNIAH

kepada anda yang layak untuk melanjutkan
pelajaran kat universiti.
moge2 ini dapat menjadi platform awal
untuk anda semua berjaya di masa hadapan.




-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

Friday 8 July 2011

-Rahsia Personaliti Pangkal Nama-

 Assalamualaikum..salam sejahtera..salam KedondongLikat!

Buat yang readers ingin tahu rahsia personaliti mereka mahupun orang yang mereka sayangi

Rahsia personaliti disebalik pangkal nama!
*bawak keluar dompet dan check nama kat IC buat yang nerves nk baca sampai terlupa nama!




huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Macam mana readers sekalian? Ada persamaan ke?
Eyh2 tu kenapa tersipu malu tu?
hikhik~
Kalau nak percaya boleh, tak nak percaya pun boleh
kalau betul tu mungkin kebetulan atau mungkin HAKIKAT
~Wallahualam~


- SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT -

Thursday 7 July 2011

Jom LIBUR!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pembaca sekalian...
Sudah lama tidak bersua disini.
Kali ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyaklah tentang
tips-tips bila pergi melancong..
Tidak kiralah sama ada anda melancong ke luar negara mahupun di Malaysia,
namun beberapa aspek perlu juga dititikberatkan..
Kali ini penulis cuma mahu berkongsi berkenaan dengan
barang-barang yang perlu ada bersama ketika anda melancong...

1. Kewangan
Its all about the money, money...
Rancang bajet percutian sebaik mungkin

Bila pergi melancong, sudah tentulah kewangan menjadi faktor
yang sangat penting... ketika melancong sudah semestinya
kita juga ingin berbelanja untuk membeli barang-barang kan...
Ada orang suka melancong ikut pakej, ada yang suka berjalan sendiri..
Itu bergantunglah kepada kehendak masing-masing kan..
Sebelum pergi melancong, sediakanlah bajet yang secukupnya
untuk mengelakkan masalah yang akan timbul dan merosakkan percutian anda..
Kalau berbelanja tu, ingat-ingatlah tujuan asal anda pergi kemana-mana destinasi.
Anda nak pergi MELANCONG ke MEMBELI-BELAH??
Apa yang penulis perasan, orang Malaysia sangat suka membeli-belah ketika 
melancong.. beribu-ribu ringgit dihabiskan untuk membeli barang.
Walhal barang tu memang ada dijual di Malaysia...
Well terpulanglah kan...kalau banyak duit, tak kisah la...
lagi satu, sebelum ke destinasi luar negara, tukar duit siap-siap. =)



2. Kamera
Kamera merupakan alat yang sangat penting ketika melancong.
Bayangkan percutian anda tanpa kamera, lengkap tak rasanya??hehe..
Ketika melanconglah kita ingin merakamkan gambar-gambar dan detik-detik
menarik untuk dijadikan kenangan manis.. 
Lepas tu jadikan profile picture facebook kan.
Tidak kiralah kamera secanggih manapun, yang penting bawalah kamera
sendiri ketika berlibur.. Percutian anda akan hambar tanpa kamera, percayalah.!
Tak perlu bawa kamera canggih-canggih sangat..
Janji boleh ambil gambar =)


3. Pakaian
Beg sebesar ni dah cukup bagi penulis..hehe

Dari segi pakaian pula, sebenarnya penulis tidak suka membawa pakaian 
yang banyak. Berat kot nak bawa baju dan pakaian banyak-banyak.
Biasanya penulis bawa baju mengikut kesesuaian tempoh masa serta cuaca semasa berada 
di tempat yang ingin dilawati. Kalau seminggu tu, penulis bawa 1 beg sandang
dan 1 beg pakaian je.. Takdela sampai nak bawa beg bagasi yang besar gedabak tu.
 Semasa pergi melancong, orang lain mesti pelik dan bertanya.
 "Eh, Betul ke nak pergi melancong ni??"
Penulis cool dan tersenyum sahaja. Tak perlu rasanya nak bawa baju banyak-banyak
sebab selain membebankan, kita bukanlah nak pergi buat fashion show.. tak gitu??
Matlamat kita nak bercuti dan merehatkan minda.. 
Yang penting bawalah bersama-sama sweater dan cap ya...


4. Ubat-ubatan
Sesetengah orang mungkin mengalami masalah seperti sakit kepala, 
demam-demam dan sebagainya di saat menikmati pelancongan. 
Jadi untuk tidak menyusahkan diri-sendiri serta orang lain, 
bawalah bekalan ubat-ubatan anda sendiri kerana di saat-saat kecemasan
anda tidak perlu bersusah-payah nak cari ubat lagi..
"Sediakan payung sebelum hujan".
bawa bekal panadol tatkala mungkin ia diperlukan


5. Bahan bacaan/MP3 Player
Melalui perjalanan yang mengambil masa yang lama memang memenatkan.
Apa kata bawalah beberapa bahan bacaan yang sesuai atau mungkin
MP3 player boleh menjadi peneman di kala kebosanan. 
Selain itu, berselawat kepada Rasulullah S.A.W pun boleh dilakukan juga.
Jadi dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, hiburkanlah diri anda
supaya tidak berasa boring.
Dengar lagu untuk hilangkan bosan. kalau tak pun, tidur jela..hehe
Apa yang penulis coretkan disini cumalah
beberapa perkara dari pengalaman penulis sahaja... 
Pembaca-pembaca sekalian boleh berkongsi
pendapat kalian tentang apa lagi barang-barang penting perlu dibawa di saat bercuti.
Kepada sesiapa yang pergi bercuti tu, SELAMAT BERCUTI!
Nikmatilah masa cuti anda sebaiknya!

-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

Thursday 30 June 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Pernahkah hubungan anda tak berkekalan? Tidak tahu kenapa hubungan tak kekal lama? Hari ni nak berkongsi antara sebab-sebab knapa hubungan tidak mampu bertahan. Namun ini mungkin beberapa sebab yang boleh difikirkan oleh penulis. huhu....


1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sesebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat dan adakalanya boleh menyebabkan perang dunia yg ke entah berapa. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sesebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. Oleh itu, elakkan menipu pasangan anda walaupun dengan tipu 'sunat' (bak kata setengah org la..).


2. Harapan / kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita yang baru saja berkenalan terus sahaja mengharap ianya akan berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh putus.

cantikkan bila tgk bju kawen nih... hahaha....


4. Mengungkit hal yang lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau kamu sayangkan perhubungan. Yang lepas tu biarkanlah berlalu dan jangan dikenang kembali.

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal hal beginilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja. Yang si dia tu hebat sangat ke?hahaha...


7. Hal-hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama. Lebih teruk jika tiada ''chemistry'' di antara kamu dan si dia.

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati kekasihnya. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai kamu. Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan.


Jadi itulah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu perhubungan terus berkekalan. Diharap serba sedikit informasi ini boleh menyelamatkan perhubungan anda yg mungkin terumbang-ambing ketika ini. Teruskan meniti setiap madah-madah yang bakal diceritakan di blog ini, berusahalah menjadi yang terbaik serta berbanggalah menjadi diri anda. Sentiasa menyokong KedondongLikat, sekian, ceria-ceria selalu...



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-