Followers

Thursday 7 July 2011

Jom LIBUR!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pembaca sekalian...
Sudah lama tidak bersua disini.
Kali ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyaklah tentang
tips-tips bila pergi melancong..
Tidak kiralah sama ada anda melancong ke luar negara mahupun di Malaysia,
namun beberapa aspek perlu juga dititikberatkan..
Kali ini penulis cuma mahu berkongsi berkenaan dengan
barang-barang yang perlu ada bersama ketika anda melancong...

1. Kewangan
Its all about the money, money...
Rancang bajet percutian sebaik mungkin

Bila pergi melancong, sudah tentulah kewangan menjadi faktor
yang sangat penting... ketika melancong sudah semestinya
kita juga ingin berbelanja untuk membeli barang-barang kan...
Ada orang suka melancong ikut pakej, ada yang suka berjalan sendiri..
Itu bergantunglah kepada kehendak masing-masing kan..
Sebelum pergi melancong, sediakanlah bajet yang secukupnya
untuk mengelakkan masalah yang akan timbul dan merosakkan percutian anda..
Kalau berbelanja tu, ingat-ingatlah tujuan asal anda pergi kemana-mana destinasi.
Anda nak pergi MELANCONG ke MEMBELI-BELAH??
Apa yang penulis perasan, orang Malaysia sangat suka membeli-belah ketika 
melancong.. beribu-ribu ringgit dihabiskan untuk membeli barang.
Walhal barang tu memang ada dijual di Malaysia...
Well terpulanglah kan...kalau banyak duit, tak kisah la...
lagi satu, sebelum ke destinasi luar negara, tukar duit siap-siap. =)



2. Kamera
Kamera merupakan alat yang sangat penting ketika melancong.
Bayangkan percutian anda tanpa kamera, lengkap tak rasanya??hehe..
Ketika melanconglah kita ingin merakamkan gambar-gambar dan detik-detik
menarik untuk dijadikan kenangan manis.. 
Lepas tu jadikan profile picture facebook kan.
Tidak kiralah kamera secanggih manapun, yang penting bawalah kamera
sendiri ketika berlibur.. Percutian anda akan hambar tanpa kamera, percayalah.!
Tak perlu bawa kamera canggih-canggih sangat..
Janji boleh ambil gambar =)


3. Pakaian
Beg sebesar ni dah cukup bagi penulis..hehe

Dari segi pakaian pula, sebenarnya penulis tidak suka membawa pakaian 
yang banyak. Berat kot nak bawa baju dan pakaian banyak-banyak.
Biasanya penulis bawa baju mengikut kesesuaian tempoh masa serta cuaca semasa berada 
di tempat yang ingin dilawati. Kalau seminggu tu, penulis bawa 1 beg sandang
dan 1 beg pakaian je.. Takdela sampai nak bawa beg bagasi yang besar gedabak tu.
 Semasa pergi melancong, orang lain mesti pelik dan bertanya.
 "Eh, Betul ke nak pergi melancong ni??"
Penulis cool dan tersenyum sahaja. Tak perlu rasanya nak bawa baju banyak-banyak
sebab selain membebankan, kita bukanlah nak pergi buat fashion show.. tak gitu??
Matlamat kita nak bercuti dan merehatkan minda.. 
Yang penting bawalah bersama-sama sweater dan cap ya...


4. Ubat-ubatan
Sesetengah orang mungkin mengalami masalah seperti sakit kepala, 
demam-demam dan sebagainya di saat menikmati pelancongan. 
Jadi untuk tidak menyusahkan diri-sendiri serta orang lain, 
bawalah bekalan ubat-ubatan anda sendiri kerana di saat-saat kecemasan
anda tidak perlu bersusah-payah nak cari ubat lagi..
"Sediakan payung sebelum hujan".
bawa bekal panadol tatkala mungkin ia diperlukan


5. Bahan bacaan/MP3 Player
Melalui perjalanan yang mengambil masa yang lama memang memenatkan.
Apa kata bawalah beberapa bahan bacaan yang sesuai atau mungkin
MP3 player boleh menjadi peneman di kala kebosanan. 
Selain itu, berselawat kepada Rasulullah S.A.W pun boleh dilakukan juga.
Jadi dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, hiburkanlah diri anda
supaya tidak berasa boring.
Dengar lagu untuk hilangkan bosan. kalau tak pun, tidur jela..hehe
Apa yang penulis coretkan disini cumalah
beberapa perkara dari pengalaman penulis sahaja... 
Pembaca-pembaca sekalian boleh berkongsi
pendapat kalian tentang apa lagi barang-barang penting perlu dibawa di saat bercuti.
Kepada sesiapa yang pergi bercuti tu, SELAMAT BERCUTI!
Nikmatilah masa cuti anda sebaiknya!

-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

No comments:

Post a Comment