Followers

Sunday, 29 April 2012

Jom Melawat Perak 2012

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua....


Wahh lama tak update kat sini... huhu isu kali ni nak promote skit la... kan lebih baek kita jalan2 melawat dan bercuti di dalam Malaysia kerana Malaysia jugak punya tempat yang menarik utk dilawati...

Seiring dgn promosi tahun melawat Perak... so geng KL nak sama2 mempromosi tempat2 menarik untuk dilawati di Perak... jom usha sama-sama !!!

1. Hutan Simpan Royal Belum, Gerik

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar. 

Antara aktiviti menarik bagi pelawat yang ingin berkunjung ke sini adalah seperti merentas hutan, bermalam di Bumbun, dan melawat perkampungan Orang Asli selain daripada melawat flora fauna serta taman herba yang ada di sini. Bagi kaki pancing sudah pasti Hutan Belum dapat memberikan kepuasan serta cabaran dengan aktiviti memancing, menaiki bot dan tinggal di kawasan tasik.

Hutan Simpan Royal Belum di kelilingi tasik buatan manusia.


Salah satu perkampungan Orang Asli di sini.


Rafflesia, bunga terbesar di dunia.


2. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah

Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.

Lata Kinjang, salah satu air terjun tertinggi di Malaysia.


Dingin airnya serta udaranya yang segar pasti dapat merehatkan minda
setelah letih bekerja mahupun belajar


Pemandangan indah di Lata Kinjang pasti membuatkan kita semua ingin berkunjung ke sini.



3. Zoo Taiping

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal).

Zoo Taiping & Night Safari meriah dgn pengunjung.

Wahh kuda belang pon ada, pasti teruja !

Suasana pada waktu malam pasti berbeza, menarik nih !



4. Menara Jam Condong, Teluk Intan

Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Kalau tak dpt tgk menara condong kat Italy, leh la dtg sini !


Gambar dolu2 yaa, hebat masih bertahan sampai sekarang!


5. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah Kubu Belanda, Tokong Fu Ling Kong, Kota Belanda, Batu bersurat, Pantai Puteri Dewi dan Teluk Nipah.

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing. Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Pulau Pangkor destinasi pelancongan wajib di Perak.

Pemandangan pulau di waktu malam.

Kota Belanda di Pulau Pangkor.


Itulah tadi 5 tempat menarik utk dilawati di Perak bersempena tahun melawat Perak 2012. Sama-sama kita semua melawat Perak bersama keluarga serta rakan2. Nikmati masa cuti bersama kerana tidak ada yang lebih berharga selain daripada hubungan keakraban serta senyum mesra waktu bersama. Jom Melawat Perak !!!


Artikel disediakan oleh Rohaizam Rosli