Followers

Thursday 30 June 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Pernahkah hubungan anda tak berkekalan? Tidak tahu kenapa hubungan tak kekal lama? Hari ni nak berkongsi antara sebab-sebab knapa hubungan tidak mampu bertahan. Namun ini mungkin beberapa sebab yang boleh difikirkan oleh penulis. huhu....


1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sesebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat dan adakalanya boleh menyebabkan perang dunia yg ke entah berapa. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sesebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. Oleh itu, elakkan menipu pasangan anda walaupun dengan tipu 'sunat' (bak kata setengah org la..).


2. Harapan / kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita yang baru saja berkenalan terus sahaja mengharap ianya akan berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh putus.

cantikkan bila tgk bju kawen nih... hahaha....


4. Mengungkit hal yang lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau kamu sayangkan perhubungan. Yang lepas tu biarkanlah berlalu dan jangan dikenang kembali.

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal hal beginilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja. Yang si dia tu hebat sangat ke?hahaha...


7. Hal-hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama. Lebih teruk jika tiada ''chemistry'' di antara kamu dan si dia.

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati kekasihnya. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai kamu. Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan.


Jadi itulah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu perhubungan terus berkekalan. Diharap serba sedikit informasi ini boleh menyelamatkan perhubungan anda yg mungkin terumbang-ambing ketika ini. Teruskan meniti setiap madah-madah yang bakal diceritakan di blog ini, berusahalah menjadi yang terbaik serta berbanggalah menjadi diri anda. Sentiasa menyokong KedondongLikat, sekian, ceria-ceria selalu...



-SELAMI PERUTUSAN KEDONDONGLIKAT-

13 comments:

  1. yg first2 tu mmg menyumbang besar~
    sampai bila nk bertahan semua pembohongan tu an.. n last2 dari menipu sbb nk jaga hati pasangan akhirnya buat pasangan jaga terlampau disakiti..
    so.. sabar je la an.. ngee :)

    ReplyDelete
  2. mengungkit hal lalu boleh jadi salah satu punca yang besar.. wu

    ReplyDelete
  3. hurm.. harap perhubungan akan berkekalan.. thanks for the tips Rohaizam Rosli.. keep up the good work dear.. (n.n)

    ReplyDelete
  4. fa >>> betol2... pantang skali tipu2 nih... bkn nya jaga hati...tp melukakan lg adalah...

    fatin>> haah bab ungkit2 nih mmg masalah besar... xsuka wooo.....

    KL>>> thanxx admin... iejam memberikan yg terbaek buat semua....

    ReplyDelete
  5. betul2 .. lebih2 lagi yg first tu .. huhu ..

    ReplyDelete
  6. izyan >> thanxx sudi baca....

    Alif haris >>> kan3... xsuka ditipu... hahaha....

    ReplyDelete
  7. like...sharing is caring..
    apapun kena hargai psangan itu kan.. :)

    ReplyDelete
  8. Hubungan tak mampu bertahan, mungkin juga disebabkan bau kaki yang bsuk sangat.. rasa nak muntah kalau duduk dekat2

    ReplyDelete
  9. setiap pasangan kena la jujur kan,

    konon dah jujur, padahal belakang simpan banyak pompuan lain. sobs!

    ayat manis je lebih. ;(

    ReplyDelete
  10. Ayuh promosi blog korang kat blog i...

    http://nyuting88.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. nasihat yg bagus nih! thanks!

    ReplyDelete
  12. APEPON...YANG PENTING ADALH PERSEFAHAMAN..

    ReplyDelete